RAFFLESIA BATU KURAU yang
ditemui baru-baru ini oleh seorang pekebun di Bukit Carok Kabu, beberapa
kilometer dari Kampung Sempeneh, telah menjadi satu fenomena bukan sahaja pada
warga Batu Kurau, namun bagi peminat Rafflesia di seluruh dunia.
Rafflesia Batu Kurau telah
ditemui oleh Md Bakri Bahari atau popular dengan panggilan Mat Jepong ketika
membersih persekitaran kebunnya. Setelah mendapat liputan meluas media tentang
penemuan itu, Jabatan Perhutanan Malaysia telah berhasrat untuk mengazet
kawasan itu bagi menjaga agar habitan Rafflesia Batu Kurau itu tidak rosak.
Khairil Aslan, pengkaji Rafflesia yang juga anak jati Batu Kurau, berasal dari Kampung Pondok Quin |
Adun Batu Kurau yang juga
Exco Alam Sekitar, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria kini sedang berusaha
menjadikan lokasi tersebut sebuah produk pelancongan bagi Batu Kurau dan negeri
Perak amnya.
Seorang pengkaji
Rafflesia, Khairil Azlan Rasid yang juga atlit berbasikal negara berkata,
Rafflesia Batu Kurau akan kembang mekar pada 31 Ogos ini.
“ Ini adalah bunga
Rafflesia Batu Kurau yang terbaru. Yang kami lawati bersama Presiden Peminat
Rafflesia Batu Kurau, Zolkurnain Abdullah dan YB Dato’ Dr Muhammad Amin dulu
sudah mati. Ini yang terbaru…yang saya ambil semalam dan akan kembang mekar
menawan pada 31 Ogos ini, bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke
57,” ujar Khairil Azlan ketika ditemui.
Menurut Khairil Aslan lagi, beliau telah menemui 12 kudup lagi Rafflesia Batu Kurau di sekitar itu dan beliau akan berusaha bersama Mat Jepong untuk menjaga habitat Rafflesia Batu Kurau yang menjadi kebanggaan Batu Kurau.
No comments:
Post a Comment