SEKOLAH Menengah Dato’ Kamarudin
melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan sebuah acara
kayuhan basikal pada 31 Ogos ini yang diberi nama SEDAKA MERDEKA FUNRIDE 2014
(SMF 2014). Acara yang dianjurkan sempena menyambut hari kemerdekaan negara
yang ke 57 ini bertujuan memupuk semangat patriotik di kalangan pelajar sekolah
dan penduduk Batu Kurau amnya.
Menurut Pengarah Acara
SMF2014, Zolkurnain Abdullah, acara ini diadakan juga sebagai satu pra-event
untuk satu acara antarabangsa yang akan berlangsung di Batu Kurau iaitu Batu
Kurau International Mountain Bike Challenge 2014 pada 27-29 September akan
datang.
ZOLKURNAIN ABDULLAH, Pengarah Acara Sedaka Merdeka Funride 2014 |
“ Kemudiannya kayuhan
disambung semula dari Pantai Besar melalui Kampung Relang dan tiba kembali pula
ke Astaka Batu Kurau,”ujar Zolkurnain ketika ditemui pemberita Harian Batu
Kurau.
Hingga kini penyertaan
amat menggalakan dan pendaftaran masih dibuka sehingga 30 Ogos ini. Yang
menariknya dengan pendaftaran RM35 seorang itu para peserta akan mendapat
sehelai t.shirt, goodies bag dan nombor untuk cabutan bertuah.
Add caption |
Cabutan bertuah untuk
acara ini pula sungguh menarik iaitu basikal mountain bike, basikal Fixie dan
banyak barangan lain yang bakal dimenangi oleh para peserta.
Untuk pendaftaran, sila
hubungi 013-4857484.
No comments:
Post a Comment