BATU KURAU sememangnya
sinonim dengan golok, parang atau keris buatan tangan. Sejak zaman dahulu,
ramai pembuat golok berkualiti tinggi terdapat di Batu Kurau. Kini, Haji Ali
Omar, yang tinggal di Kampung Pantai Besar adalah antara pembuat golok yang
kreatif dan bermutu tinggi.
Haji Ali Omar sedia menerima tempahan golok |
Haji Ali Omar sering
menerima tempahan membuat golok dari anak tempatan dan juga dari luar daerah
Batu Kurau. Mereka meminati kesenian pada ukiran golok itu dan golok Haji Ali
Omar juga dari besi yang
bermutu tinggi. Haji Ali Omar mendirikan sebuah bengkel pembuatan goloknya di
hadapan rumahnya di Pantai Besar.
“ Mulanya saya hanya ingat
buat golok ni sekadar mengisi masa lapang. Tetapi kini, setelah mendapat
sambutan dan tempahan yang banyak, saya terpaksa tumpukan pembuatan golok ini
secara lebih serius lagi,”
ujar Haji Ali Omar ketika ditemui dibengkelnya.
Antara golok buatan tangan Haji Ali Omar |
Haji Ali Omar yang
sememangnya mempunyai darah seni, penghasilan golok itu dilakukannya dengan
amat teliti agar segala ukiran itu nampak cantik dan kemas. Selain berkebolehan
membuat golok, Haji Ali Omar juga pernah berlakon teater pada zaman 60an dahulu
dan kini anaknya Abdullah Sani (Lah Sanie) adalah antara pemain gitar terbaik.
Sesiapa yang berminat
untuk membuat tempahan golok, sila hubungi 019-5086802
No comments:
Post a Comment