DULU mungkin kita jarang
mendengar tentang pekasam daging. Yang ada Cuma pekasam ikan terubo, ikan
lampam, ikan puyu dan lain-lain lagi pekasam dari ikan sungai. Ibu dan nenek
kita kebanyakkannya memang mahir membuat pekasam ikan.
Kini, pekasam daging pula
timbul ceritanya. Pekasam Daging yang diilhamkan oleh seorang bernama Zura Noor
ini menjadi fenomena sehinggakan pekasam daging buatannya ditempah hingga ke
merata tempat di Malaysia termasuk di Singapura. Dengan jenama PEKASAM DAGING BATU
KURAU, produk asli kelahiran Batu Kurau melalui resepi nenek moyangnya itu,
terus menjadi terkenal sehingga membawa nama Batu Kurau ke daerah lainnya.
Zura Noor, anak kelahiran
Batu 15, Batu Kurau tak menyangka bahawa produk pekasam dagingnya menjadi terkenal
dan mendapat permintaan diluar jangkaan.
Dalam temubual dengan
Harian Batu Kurau di kediamannya, Zura Noor berkata dia terpaksa menyiapkan hampir
100 paket Pekasam Daging Batu Kurau untuk dihantarkan kepada agennya yang
berada di seluruh Malaysia.
Pekasam Daging Batu Kurau hasil tangan Zura Noor sudah siap sedia untuk dipos ke seluruh negara |
Kini, Zura Noor telah
menambah keluaran produksinya dengan membuat satu jenama lain iaitu Pekasam
Ayam yang juga mendapat sambutan ramai.
Kepada mereka yang ingin
mencuba keenakan Pekasam Daging dan Ayam Batu Kurau ini, bolehlah menghubungi
di talian 019-4977805.
Menurut Zura Noor lagi,
mereka yang berada di luar kawasan Batu Kurau, dia juga menyediakan khidmat pos
hingga ke pintu rumah.
No comments:
Post a Comment