WALAUPUN
hanya mengusahakan produk kulit secara kecil-kecilan, namun hasil kerja tangan Radzi
dan Ramlah ini mendapat sambutan ramai kerana kemasan dan kualitinya Radzi dan
Ramlah yang mengusahakan produk kulit seperti beg tangan, beg duit, sarung telefon,
tali pinggang dan lain-lainnya secara serius dan mereka bersedia mengambil
tempahan ataupun menjual produk yang sudah siap.
Hasil
usaha mereka berdua sejak beberapa tahun yang lalu telah berjaya menaikkan
ekonomi mereka kerana produk kulit buatan mereka berdua
itu
mendapat sambutan ramai.
Radzi atau Janggut menerima tempahan buatan kulit dari serata tempat |
“
Buat masa ini saya dan isteri hanya mengusahakan secara kecil-kecilan di rumah.
Kalau nak buka bengkel perlu modal yang banyak. Saya juga pernah memohon
bantuan perniagaan untuk membuka bengkel sendiri, tapi sampai sekarang masih
belum
ada rezeki,” ujar Radzi atau lebih popular dengan panggilan Janggut ini.
Setakat
ini, apabila mendapat tempahan, mereka terpaksa mengambil pekerja secara
sambilan supaya setiap tempahan orang dapat disiapkan mengikut jadual.
Kepada
sesiapa yang berminat untuk menempah produk kulit dari Janggut, bolehlah
hubungi talian 019-5021633, Simpang 3 Gudang.
No comments:
Post a Comment