ACARA gilang gemilang yang akan diadakan di Batu Kurau pada 27-28
September ini bukan sahaja sebuah acara untuk mempromosikan Batu Kurau tetapi
juga sebagai medium untuk mempertingkatkan lagi ekonomi penduduk Batu Kurau.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau,
Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria ketika ditemui Harian Batu Kurau berkata bahawa
acara ini secara tidak langsung akan membantu penduduk Batu Kurau berniaga dan
memperkenalkan produk masing-masing.
Adun Batu Kurau, YB Dato' Dr Muhammad Amin Zakaria prihatin tentang ekonomi penduduk Batu Kurau |
" Kami akan mengadakan satu karnival
sempena acara itu yang diberi nama Grand Expo Batu Kurau International Mountain
Bike Challenge 2014 dengan tujuan untuk memberi ruang kepada penduduk Batu
Kurau mencari rezeki dengan berniaga. Ketika itu nanti ramai orang akan datang
ke Batu Kurau termasuk dari luar negara, jadi rebutlah kesempatan ini untuk
menjana ekonomi masing-masing," ujar beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri
Perak.
Tapak niaga telah dibuka untuk sewaan
orang ramai dengan harga amat berpatutan iaitu RM60 untuk 3 hari (tapak 8 x 10
kaki). Tapak ini sesuai untuk penduduk Batu Kurau berniaga pelbagai jenis
perniagaan seperti kuih muih, air, makanan ringan dan sebagainya. Manakala bagi
khemah seluas 10 x 20 kaki pula bernilai RM300 untuk 3 hari. Khemah ini sesuai
untuk berniaga kain baju, cenderamata, produk-produk kesihatan dan sebagainya.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga itu bolehlah
hubungi 017-4094486 untuk tempahan.